Wednesday 25 September 2013

Isteri Mat Yo Maki dengan Security Guard

Ape nak jadi la wanita zaman sekarang.. sampai dah tak tau adap dan hormat pada orang tua.. cuba kita lihat bersama video ini


Sunday 8 September 2013

Lirik Lagu Hyper Act Hanya Aku

Lirik Lagu Hanya Aku - Hyper Act

Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu

* Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

Repeat ~

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku

Friday 30 August 2013

Maut jika keluar kongsi gelap

Assalammualaikum
Wow..  Dasyat sungguh ayat MAUT JIKA KELUAR KONGSI GELAP. Aku terbace kat METRO hari ni tajuk dia sangat menakutkan,beremang bulu roma aku membaca berita ni.. Tapi dalam banyak-banyak kongsi gelap ke gengster ke yang ni.lagi DASYAT!!!
Aku rasa mereka ni lagi samseng+gengster+pailang= " TABIK SPRING" Hehehe cub lihat gambar ni

Monday 26 August 2013

BAGAIMANA MEMBINA KEYAKINAN DIRI

BAGAIMANA MEMBINA KEYAKINAN DIRI..?

Kejayaan ku

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda? Moga sihat sejahtera hendaknya. Kali ini saya akan berkata tentang cara bagaimana nak meningkatkan keyakinan diri. Ada banyak cara sebenarnya tapi saya akan kongsikan 5 cara saya dalam meningkatkan keyakinan diri.

1. Percaya dan yakin pada kebolehan diri
Setiap insan yang diciptakan Ilahi mempunyai kelebihan yang tersendiri dan kelebihan yang dimilikinya itu membuatkan dia cukup berbeza dengan orang di sekelilingnya. Hargailah dan yakinlah pada kebolehan yg ada pada diri. Jangan takut untuk menggunakan segala kelebihan yg diberikan Allah untuk kebaikan diri dan ummah kerana apabila diri melakukan sesuatu untuk Allah, seseorang itu takkan merasa sedih dan terhina apabila dikritik dan dicerca sehabisnya oleh insan-insan yg lain.


2. Jangan memandang rendah pada keupayaan diri
Jangan pernah sesekali memandang rendah pada kebolehan dan kekuatan diri, lantas menyuarakan "aku tidak mampu untuk melakukan itu dan ini,". Hakikatnya, hanya Allah yang tahu sejauh mana kemampuan seseorang itu, oleh sebab itulah Dia memberikan ujian yg berbagai-bagai, sesuai dgn kemampuan seseorang itu. Oleh itu, jangan pernah menyekat kemampuan diri dan sentiasalah mencabar diri untuk menjadi insan yg lebih baik.


3. Ubah Mindset
Bayangkan diri Anda sebagai seorang yang segak dan anggun dengan air muka yang 'konfiden'. Yakinkan diri untuk bercakap, berbual dan berkata-kata. Kalau masih tak yakin,
 beranikan diri seberani yang mungkin dan 'konfidenkan' diri. Cuba berlakon sebagai seorang yang nampak yakin.

4. Letakkan azam untuk berjaya
 Dalam apa jua yang kita lakukan, perlu ada azam atau ‘target’. Dengan adanya azam, kita akan lebih fokus dan bersemangat untuk melaksanakan sesuatu hal agar tercapai sasaran.

5. Senantiasa berfikiran positif

Orang yang berkeyakinan tinggi mempunyai pemikiran yg amat positif. Apa sahaja yg dilihatnya, dia pasti akan melihat sesuatu itu dari sudut positif dan apa sahaja yg didengarnya, dia akan menafsirnya dgn pemikiran yg positif. Oleh sebab itulah, apabila seseorang menyatakan kepadanya bahawa dia dilihat sebagai seorang yg berjiwa besar dan mempunyai masa depan yg amat cerah, dia akan mengejar apa yg dikatakan itu kerana dia positif dan yakin bahawa dia boleh melakukannya.

Sunday 25 August 2013

PUNCA KURANG KEYAKINAN DIRI

APAKAH PUNCA KURANG KEYAKINAN DIRI..?



Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Sifat kurang atau tiada keyakinan diri ini akan membataskan dan menghalang kita dari memaksima kan pengunaan potensi dan kebolehan sebenar yang terdapat dalam diri kita dan secara tak langsung akan menghalang kita untuk mengejar kejayaan yang kita impikan. Disini saya ingin berkongsi 3 punca mengapa kurangnya keyakinan diri.




1. Kurang Keinginan, Hasrat atau cita cita
Tiada keinginan, kegairahan, Hasrat atau cita cita untuk mencapai ke peringkat yang lebih tinggi, mendapat hasil yang lebih banyak atau keputusan yang lebih baik dari kerja atau sesuatu yang diusahakan, ini merupakan Sifat yang paling teruk yang boleh berlaku pada individu yang mempuyai masaalah kurang keyakinan diri. Sifat ini boleh menyebabkan anda sukar untuk mendapat kenaikan pangkat, atau mencapai sesuatu yang lebih baik dari apa yang ada ada sekarang dan ini akan menjurus kearah  kekecewaan ringkasnya jika anda mempunyai sifat ni dalam diri anda anda hanya akan mengundang kehampaan dan kesedihan dalam kehidupan anda.dan kemurungan. Secara


2. Terlampau Pemalu
Kalau dari sumber yang aku dapat dia sebut “pemalu” sahaja, tapi disebab kan aku ni orang Malaysia, Melayu dan juga beragama Islam jadi aku tak berapa setuju dengan fakta yang diberi jadi aku ubah mengikut mindset dan cara hidup aku sendiri, Terlampau pemalu yang aku maksudkan ialah seperti malu untuk bercakap dikhalayak ramai, malu untuk bergaul dan menonjolkan diri di majlis majlis atau malu untuk bersuara bagi melontarkan pandangan dan pendapat, lagi satu yang aku nak tambah dimana ada sesetengah kes dimana perasaan malu ni menyebabkan “panic attacks” atau “emotional distress” .


3.Penampilan diri yang tak terurus

Ini berkaitan dengan First Impression, Sedar atau tidak sebenarnya tanggapan umum merupakan satu faktor penting dalam kita mencapai apa yang kita impikan, jadi jika anda jenis yang pakai ikut sedap sendiri, keluar rumah dengan rambut seperti mangsa rogol, senang cerita selekeh dan serabai, yang pada anda kononnya selambe…, anda sebenarnya telah menjatuhkan kredibiliti dan merendahkan martabat diri anda di mata umum, dan ini menyebabkan umum hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, dan ini telah menutup peluang anda untuk membina kreadibiliti anda dalam masyarakat, jadi gunakanlah pepatah “don’t judge a book by its cover” pada tempat yang sesuai jangan main hentam ikut sedap anda sahaja.

Saturday 24 August 2013

My personality with my attitude.

My personality with my attitude.


Everything that has happened, it makes me a recluse and loss of trust as well as constant depression.
In this case I can only speak for myself, but my past experiences have made me stronger, wiser, and more appreciative of life. Some people don't have a positive outlook on their lives after their past experiences though. Some people become really depressed, let it get the best of them, or always have something to complain about. But then again, people react to these kinds of things differentl

Tuesday 20 August 2013

Samseng di cantas

Semenjak dua menjak ni ramai yang terpengaruh dengan gejala samseng. Baru-baru ada kejadian yang membabitkan samseng di cantas, lihat gambar di bawah 

salah seorang yang di tembak mati
Mangsa ke dua

Salam kenal

Assalamualaikum sahabat semua.. 
Hari ini saya baru berjinak-jinak dengan blog ni. Tak berape tau sangat nak taip ape.. Cuma ape yang ada dalam blog ni lebih pada kisah silam dan pengalaman yang pernah saya alami.. Bukan untuk memburuk2 atau sebaliknya sekadar perkongsian bersama ;-) salam kenal semua