BAGAIMANA
MEMBINA KEYAKINAN DIRI..?
![]() |
Kejayaan ku |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda? Moga sihat sejahtera hendaknya. Kali ini saya akan berkata tentang cara bagaimana nak meningkatkan keyakinan diri. Ada banyak cara sebenarnya tapi saya akan kongsikan 5 cara saya dalam meningkatkan keyakinan diri.
1. Percaya dan yakin pada kebolehan diri
Setiap insan yang diciptakan Ilahi mempunyai kelebihan yang
tersendiri dan kelebihan yang dimilikinya itu membuatkan dia cukup berbeza
dengan orang di sekelilingnya. Hargailah dan yakinlah pada kebolehan yg ada
pada diri. Jangan takut untuk menggunakan segala kelebihan yg diberikan Allah
untuk kebaikan diri dan ummah kerana apabila diri melakukan sesuatu untuk
Allah, seseorang itu takkan merasa sedih dan terhina apabila dikritik dan
dicerca sehabisnya oleh insan-insan yg lain.
2. Jangan memandang rendah pada keupayaan
diri
Jangan pernah sesekali memandang rendah pada kebolehan dan
kekuatan diri, lantas menyuarakan "aku tidak mampu untuk melakukan itu dan
ini,". Hakikatnya, hanya Allah yang tahu sejauh mana kemampuan seseorang
itu, oleh sebab itulah Dia memberikan ujian yg berbagai-bagai, sesuai dgn
kemampuan seseorang itu. Oleh itu, jangan pernah menyekat kemampuan diri dan
sentiasalah mencabar diri untuk menjadi insan yg lebih baik.
3. Ubah
Mindset
Bayangkan diri Anda sebagai seorang yang segak dan anggun dengan air muka yang 'konfiden'. Yakinkan diri untuk bercakap, berbual dan berkata-kata. Kalau masih tak yakin, beranikan diri seberani yang mungkin dan 'konfidenkan' diri. Cuba berlakon sebagai seorang yang nampak yakin.
Bayangkan diri Anda sebagai seorang yang segak dan anggun dengan air muka yang 'konfiden'. Yakinkan diri untuk bercakap, berbual dan berkata-kata. Kalau masih tak yakin, beranikan diri seberani yang mungkin dan 'konfidenkan' diri. Cuba berlakon sebagai seorang yang nampak yakin.
4. Letakkan azam untuk berjaya
Dalam apa jua yang
kita lakukan, perlu ada azam atau ‘target’. Dengan adanya azam, kita akan lebih
fokus dan bersemangat untuk melaksanakan sesuatu hal agar tercapai sasaran.
5. Senantiasa
berfikiran positif
Orang yang berkeyakinan tinggi mempunyai pemikiran yg amat
positif. Apa sahaja yg dilihatnya, dia pasti akan melihat sesuatu itu dari
sudut positif dan apa sahaja yg didengarnya, dia akan menafsirnya dgn pemikiran
yg positif. Oleh sebab itulah, apabila seseorang menyatakan kepadanya bahawa
dia dilihat sebagai seorang yg berjiwa besar dan mempunyai masa depan yg amat
cerah, dia akan mengejar apa yg dikatakan itu kerana dia positif dan yakin
bahawa dia boleh melakukannya.
No comments:
Post a Comment