Sunday 25 August 2013

PUNCA KURANG KEYAKINAN DIRI

APAKAH PUNCA KURANG KEYAKINAN DIRI..?



Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Sifat kurang atau tiada keyakinan diri ini akan membataskan dan menghalang kita dari memaksima kan pengunaan potensi dan kebolehan sebenar yang terdapat dalam diri kita dan secara tak langsung akan menghalang kita untuk mengejar kejayaan yang kita impikan. Disini saya ingin berkongsi 3 punca mengapa kurangnya keyakinan diri.




1. Kurang Keinginan, Hasrat atau cita cita
Tiada keinginan, kegairahan, Hasrat atau cita cita untuk mencapai ke peringkat yang lebih tinggi, mendapat hasil yang lebih banyak atau keputusan yang lebih baik dari kerja atau sesuatu yang diusahakan, ini merupakan Sifat yang paling teruk yang boleh berlaku pada individu yang mempuyai masaalah kurang keyakinan diri. Sifat ini boleh menyebabkan anda sukar untuk mendapat kenaikan pangkat, atau mencapai sesuatu yang lebih baik dari apa yang ada ada sekarang dan ini akan menjurus kearah  kekecewaan ringkasnya jika anda mempunyai sifat ni dalam diri anda anda hanya akan mengundang kehampaan dan kesedihan dalam kehidupan anda.dan kemurungan. Secara


2. Terlampau Pemalu
Kalau dari sumber yang aku dapat dia sebut “pemalu” sahaja, tapi disebab kan aku ni orang Malaysia, Melayu dan juga beragama Islam jadi aku tak berapa setuju dengan fakta yang diberi jadi aku ubah mengikut mindset dan cara hidup aku sendiri, Terlampau pemalu yang aku maksudkan ialah seperti malu untuk bercakap dikhalayak ramai, malu untuk bergaul dan menonjolkan diri di majlis majlis atau malu untuk bersuara bagi melontarkan pandangan dan pendapat, lagi satu yang aku nak tambah dimana ada sesetengah kes dimana perasaan malu ni menyebabkan “panic attacks” atau “emotional distress” .


3.Penampilan diri yang tak terurus

Ini berkaitan dengan First Impression, Sedar atau tidak sebenarnya tanggapan umum merupakan satu faktor penting dalam kita mencapai apa yang kita impikan, jadi jika anda jenis yang pakai ikut sedap sendiri, keluar rumah dengan rambut seperti mangsa rogol, senang cerita selekeh dan serabai, yang pada anda kononnya selambe…, anda sebenarnya telah menjatuhkan kredibiliti dan merendahkan martabat diri anda di mata umum, dan ini menyebabkan umum hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, dan ini telah menutup peluang anda untuk membina kreadibiliti anda dalam masyarakat, jadi gunakanlah pepatah “don’t judge a book by its cover” pada tempat yang sesuai jangan main hentam ikut sedap anda sahaja.

No comments:

Post a Comment